Janji Allah pasti ditepati
Wednesday, 3 June 2015 | 04:24 | 0 comments
Lama dah tk update blog ni..last update 31 Jan.Actually ada bnyak cerita aku nk cerita dalam blog ni.Benda yang aku lupa nk cerita pun ada.Pasal kepanasan perlis yg melampau smpai rumput tiba-tiba terbakar lah..Rahim Razali datang sekolah,sambutan hari guru dan macam2 lagi lah.Bukannya busy pun,tapi malas nk tulis,nk letak gmbar lagi..itu ini kena buat.Klau internet sepantas kilat tkpe.Kat rumah aku ni bukan sorang dua yg guna,mmg la internet jadi selembut sutera~
Ramadhan hampir tiba~~
Untuk menyambut kedatangan ramadhan yang dh semakin dekat ni,eloklah kita cerita bnda yang bermanfaat dulu.Benda yang agak sia-sia sikit tu kita tolak tepi tu.
Kita semua dah tahu bnyak benda yang kita boleh dpat dalam bulan Ramadhan ni.Kesedaran dapat,pahala digandakan dan pintu syurga dibuka.Penat pun dapat bagi orang-orang yang tk faham erti berpuasa ni.Yang mereka dapat cuma lapar dan dahaga.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda
“Banyak orang berpuasa, tiada mendapat apa-apa daripada puasanya selain lapar dan banyak orang yang jaga malam (beribadah pada malam hari), tidak mendapat apa-apa daripada jaga malamnya selain kurang tidur.”Kita dah diajar di sekolah,apa maksud puasa iaitu menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari.Perkara yang membatalkan puasa itu bukan saja makan dan minum,malah tonton video lucah,cakap benda tak elok dan mengumpat.Puasa itu puasa nafsu,puasa mata dan puasa lidah.
Bagi mereka yang suka beribadat dan melakukan amal kebajikan,bulan puasalah bulan yang dinanti-nantikan.Pahala akan digandakan,jadi siapa nk tolak klau Allah bagi pahala lebih sikit.Yakinlah dengan janji Allah.Allah sentiasa mengotakan janjinya.
Orang yang berpuasa dan hanya mengharapkan redha Allah lalu meninggal,dia akan masuk syurga.
Cikgu aku pernah cakap,puasa ni dapat menunjukkan diri sebenar seseorang.Syaitan diikat pada bulan yg mulia ini.Tapi jangan ingat kita terlepas daripada sebarang godaan.Nafsu masih ada.Pada bulan ramadhan,yang tinggal pada kita ialah diri sendiri dan nafsu.Pandai-pandailah jauhi godaan nafsu.Kurangkan peratus godaan nafsu dan lebihkan peratus diri sendiri.
Manusia yang tak baik ni sebenarnya lemah kerana tk mampu jadi diri sendiri dan hanya didorong oleh hawa nafsu.
Last but not least,jadikan ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.

